Assalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah, kita masih diberi lagi nikmat pinjaman kehidupan oleh Yang Maha Esa...Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sebagai jambatan merentasi sebuah kehidupan yang kekal abadi di sana...AllahuAkbar!!!
Berkaitan dengan tajuk entry di atas, saya ingin menyoal anda semua, mengapakah hidup kita perlu diteruskan jua walaupun kita dibebani pelbagai masalah ??? Jawapannya amat mudah sebenarnya kerana kita semua hidup dan masih lagi hidup....Allah SWT juga menegah HambaNYA hidup di dalam keadaan putus asa, dek kerana itulah, kita perlu BERIKHTIAR untuk mencari sebuah kehidupan yang sempurna supaya amal ibadah kita kepadaNYA jua akan sempurna, insyaAllah...Ini kerana bila hati tenang, jiwa pun tenang, maka hidup pun akan tenang...Wallahu'alam...
Berbalik kepada isi utama yang ingin saya sampaikan di sini adalah MENGAPA, MENGAPA, dan MENGAPA semua orang masih tidak ingin, tidak berapa nak pasti dan katakan tidak untuk kita memiliki skim perlindungan untuk diri sendiri dan insan-insan yang kita sayangi???
Mari kita rungkai serta mari kita selongkar jawapan kepada persoalan di atas...(jeng...jeng...jeng)
Pertama: Mungkin kerana faktor kurangnya ilmu pengetahuan tentang kepentingan skim takaful
untuk kehidupan kita.
Kedua: Mungkin juga kerana faktor usia yang mentah dan muda itu yang berfikiran bahawasanya masa depan yang mantap dapat dicari tanpa sebarang permasalahan. Maka, tidak perlu untuk diri dilindungi lagi.
Begitulah antara jawapan-jawapan yang seringkali kita boleh simpulkan untuk menjawab persoalan di atas. Sebenarnya, banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan mengambil skim takaful ini. Untuk kesempatan ini, saya ingin memperkenalkan Takaful Prudential BSN kerana ianya bukan setakat cover medical dan pampasan (pampasan kemalangan, pampasan kematian dan pampasan sakit kritikal) sahaja malah dapat mengajar kita bagaimana kita boleh menguruskan kewangan sendiri dengan saving account. Pakej ini dikenali sebagai pakej 3 dalam 1 atau boleh diibaratkan seperti anda beli 1 tapi dapat 3 sekaligus. So,what???
Siapa kata skim takaful ini merugikan sekiranya kita tidak pernah membuat apa-apa tuntutan terhadap insuran kita??? Sudah tentu jawapannya TIDAK sama sekali kan???
Selain itu, kita boleh buat donation sekali sebab Takaful Prudential BSN ini juga berlandaskan Syariah dan Tabarru'. Di samping kita buat insurans, kita boleh melabur, buat saving secara tak langsung dan kita juga boleh menderma...kan??? Memang berbaloi-baloi...
Jom kita tengok keratan akhbar di bawah:-)
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali... |
Sungguh sayu kan bila korang semua tengok dan baca statement di dalam keratan akhbar di atas??? Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan perkara itu berlaku pada diri kita sendiri dan sanak saudara serta kaum kerabat terdekat dengan kita...Ya Allah, Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan betapa beratnya masalah itu...Tiada siapa yang sanggup tolong kita kalau kita sendiri tidak mahu lagi untuk cuba menolong diri kita sendiri...Betul tak???
Allah SWT juga menyuruh untuk HambaNYA berusaha dan berikhtiar dalam menjalani kehidupan yang sempurna...Tetapi apabila jadi macam ini, menangis melimpah air mata darah sekali pun, sudah tidak berguna lagi...Yang hanya kita mampu pada saat ini, pasrah segalanya akan ketentuan TAQDIR...
Sekali lagi, saya ingin menyeru agar anda BUKA MATA & BUKA MINDA untuk membuat pelaburan serta memiliki skim perlindungan bersama TAKAFUL PRU-BSN untuk masa depan kita semua kerana janganlah kita sangkakan pelangi yang indah itu akan selamanya dapat dilihat keindahannya kerana sang petir tetap akan muncul juga untuk memusnahkannya , cuma waktu sahaja yang akan menentukan...KITA MAMPU MENGUBAHNYA !!! INGATLAH ORANG-ORANG YANG TERSAYANG...
Malang tidak berbau... |
Benarlah, malang itu memang tidak berbau....Kalau lah malang itu dapat kita hidu, nescaya saya amatlah yakin bahawasanya skim Takaful ini mestilah menjadi salah satu barangan @ produk yang laris seperti "goreng pisang panas" di musim sejuk...kan???
Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga antara faktor-faktor mengapa kah kita perlu untuk mengambil TAKAFUL PRUDENTIAL BSN???
1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak.
2) Client boleh mendapatkan bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
4) Membantu untuk pelunasan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia.
5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan.
Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya untuk entry kali ini. Fikirkanlah dan selamat membuat keputusan yang bijak untuk diri sendiri dan juga insan-insan yang kita sayangi SEBELUM ANDA TERLAMBAT... Jika anda berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut tentang Skim Takaful Prudential BSN ini, boleh lah anda menghubungi saya, AHMAD ZAHARI BIN AZIZ di talian 014-5301993. Segala perkhidmatan di atas setiap penerangan yang diberikan adalah PERCUMA. So, jangan lepaskan peluang HEBAT untuk pelaburan yang HEBAT dan demi kehidupan yang anda yang HEBAT.
Sekian,wassalam...
Kehidupan anda, keprihatinan kami,
AHMAD ZAHARI AZIZ
Wealth Planner
Kehidupan anda, keprihatinan kami,
AHMAD ZAHARI AZIZ
Wealth Planner
No comments:
Post a Comment